Wednesday, August 31, 2011

Cerita tentang Khalifah islam

Hobi saya ialah membaca. Antara bacaan kegemaran saya ialah sirah dan kisah-kisah Khulafah Ar-Rasyidin. Bagi saya sirah adalah bacaan istimewa dan berjaya menyihir kegilaan membaca di hati saya. Biarpun diulang-ulang baca, tidak pula pernah merasa bosan.
Di sekolah, pelajar-pelajar pun suka mendengar sirah kalau menegur mereka. Rasa fresh kot! Yer lah, kat TV mana ada. Dalam TV banyak hantu berterbangan dan bersembunyi di pokok-pokok saja (dan hilang bila kita toleh untuk cek kenapa rasa meremang bulu roma). Jadi tak dapek lah, cerita hantu dah tak dilayan pelajar-pelajar.

Sirah

Kisah-kisah Nabi dan para sahabat tidak pernah gagal untuk menyuntik inspirasi, semangat, kekuatan jiwa, dan memberi pencerahan bermakna di kala perasaan lemah menyelubungi.
Kisah-kisah ini jugalah yang saya jadikan perbandingan dalam kehidupan seharian yang sangat jauh dari realiti dan hakikat sebenar fitrah kita. Tetapi tidak pula niat saya untuk mengatakan yang saya berjaya meneladaninya. Kerana sebetulnya jika dapat menjejak sedikit sahaja pun amat saya syukuri.

Manusia Berubah

Berlalunya waktu dan zaman menyingkap perubahan hidup manusia. Ibarat pembentukan batu-batu stalaktit dan stalakmit di dalam gua. Ianya mengambil masa yang sangat lama, kadangkala beratus-ratus tahun. Perubahan yang berlaku sangat halus dan amat perlahan sehingga seakan-akan tak terjadi di mata kasar. Namun sedar-sedar, batu itu sudah tersergam menghiasi atap dan perut gua.
Begitu juga dengan perubahan perilaku manusia dari zaman Nabi sehingga kini. Ulama’ –ulama’ zaman dahulu dan kini pun terlalu jauh berbeza. Sememangnya kita tidak layak membandingkan iman kita yang senipis kulit bawang dengan para sahabat, tabii dan tabiin, namun hanya melalui perbandingan dan kesedaran inilah realiti dapat kita tonton dibawah mikroskop hati yang semakin lama semakin kelam di tutup kejahiliahan moden.

Umar Garang

Dahulu, Umar ditakuti kerana ketegasannya sehinggakan apabila Umar melintasi kota kanak-kanak akan berlarian sambil berkata ‘Umar datang mari kita lari’. Kejadian ini menggambarkan betapa Umar amat digeruni kerana perwatakan dan keras hatinya sebagaimana diketahui umum.
Namun ketegasannya bertempat dan bukanlah tak tahu pucuk pangkal. Ketegasan dan garangnya Umar juga tidak pula menjadi bencana, factor kelemahan dan bahaya kepada agama. Kerana apa? Kerana dalam kehidupan para sahabat, sebagaimanapun sifat azali mereka, semuanya dilapisi dan didasari dengan kekuatan iman di jiwa. Justeru, tidak timbul kegusaran di hati penduduk yang dipimpin kerana jiwa khalifah mereka adalah jiwa seorang hamba, hamba Allah yang Esa.

Abu Bakar

Kelembutan jiwa dan sifat Abu Bakar juga tidak pula menjadi sebab beliau untuk lemah dalam mentadbir negara di awal-awal kewafatan Nabi Muhammad saw, di mana semua masalah negara seperti kemunculan nabi-nabi palsu, kawasan jajahan dan keengganan membayar zakat di kalangan penduduk, mula membuka tabir kekhalifahannya.

Khalifah Berjiwa Kental

Banyaknya orang-orang yang murtad dan nabi-nabi palsu membuat para sahabat sangat ketakutan, dan kondisi kemurtadan di sekitar Madinah menjadi lebih memprihatinkan. Justeru sebahagian sahabat mengusulkan orang-orang yang murtad dan nabi-nabi palsu sahaja diperangi, sedangkan orang-orang yang tidak membayar zakat tidak perlu diperangi.
Umar r.a mengatakan bahawa;
“Selama orang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ selama itu pula mereka jangan diperangi. Dan setelah mengucapkan kalimah tauhid, diri dan harta mereka terjaga, tidak perlu engkau mengangkat senjata untuk memerangi orang yang mengingkari berzakat. Padahal mereka telah diberi keamanan.”
Setelah Ali r.a juga berkongsi kesepakatan dengan pemikiran Umar r.a, Abu Bakar yang ketika itu menjadi Khalifah berseorangan dalam pendiriannya. Lantas beliau berkata:
“Demi Allah, jika sahaja orang-orang mengurangi pembayarannya walaupun sebesar tali yang biasa digunakan untuk mengikat binatang, sebanyak mana yang biasa dibayar kepada Rasulullah saw, aku akan memerangi mereka.”
Abu Bakar memaksudkan bahawa, orang yang tidak mahu membayar zakat, bererti mereka ingin menghancurkan satu tiang agama sehingga Islam akan roboh.
Abu Bakar berkata lagi:
“Demi Allah, akan aku perangi orang-orang yang membezakan solat dan zakat”
Setelah itu Abu Bakar pantas meninggalkan Umar r.a dan Ali r.a dan pulang ke rumah. Pada hari itu juga, Abu Bakar r.a bertekad mahu berperang sendirian menjulang prinsip yang dirasakan benar dan diambil daripada Rasulullah tanpa ada perubahan sedikitpun. Maka pergilah Abu Bakar r.a menaiki unta dengan niat mahu berjihad seorang diri meredah padang pasir yang panas.
Ali r.a yang mengenderai kudanya dengan kencang menyusul memujuk Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Amirul Mukminin, kembalilah. Masukkan pedang ke sarungnya. Jika Khalifah mengalami suatu musibah, islam tidak akan tegak.” Maka kembalilah Abu Bakar. Setelah itu semua pasukan tentera Islam dikirim ke seluruh penjuru kawasan jajahan untuk memerangi golongan yang tidak mahu berzakat itu.
Terharu bukan, membaca kisah-kisah pengorbanan para sahabat demi cinta kepada Allah dan Rasul dalam menegakkan agama Islam?

Pengorbanan

Pahit jerih silih berganti. Keseronokan berkeluarga entah ke mana. Luka-luka dan cedera tak usah dikira. Tetapi kesucian jiwa dan keluhuran hati mereka tiada tolok bandingannya. Ini lah kisah manusia-manusia yang menghambakan hampir seluruh hidup mereka bagi memastikan risalah dan agama yang dibawakan Nabi Muhammad s.a.w sampai kepada kita pada hari ini.
Itu cuma sedikit daripada coretan keperitan yang dihadapi para sahabat dalam menegakkan tiang agama kita. Banyak lagi kisah lain yang bisa saja dan dengan senangnya menyebabkan kita menitis air mata. Menitis air mata kerana apa? Kerana sebak, terharu, sedih, bersyukur, berterima kasih, mungkin juga kecewa dengan diri sendiri?
Kadangkala kita seronok bersuka-suka. Hujung minggu mengatur rencana mahu ke mana, nak tengok cerita apa? Nak makan di restoren mewah mana? Nak membeli-belah dan shopping apa? Namun tanyalah hati, tiliklah sejarah pengorbanan khalifah tercinta. Dan soal lah diri dengan satu persoalan yang mudah. Kemudian jawab lah sejujurnya.
“Untuk Islam sebeginikah khalifah-khalifah berkorban, bermati-matian, menghabiskan sisa-sisa perjuangan sehingga hembusan nafas terakhir semata-mata untuk memastikan agama ini sampai kepadaku?”


Doa Sedih Perang Badar

Pada malam itu, malam jum’at 17 Ramadhan 2 H, Nabi Allah Muhammad s.a.w lebih banyak mendirikan shalat di dekat pepohonan. Sementara Allah menurunkan rasa kantuk kepada kaum muslimin sebagai penenang bagi mereka agar bisa beristirahat. Sedangkan kaum musyrikin di pihak lain dalam keadaan cemas. Allah menurunkan rasa takut kepada mereka.
Mengikut logik akal, tentera Islam terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan tentera golongan kafir. Berperang ketika Perang Badar boleh diibaratkan seaka-akan menghulurkan leher sendiri untuk dilapah dengan senang, jika dilihat dengan mata kasar. Mana mungkin tentera yang sedikit itu akan dapat mengalahkan tentera-tentera yang berlipat kali ganda jumlahnya dan lengkap persiapannya. Tetapi rencana Allah siapa yang tahu? Tiada siapa. Dan jika sahaja Allah mahu memberikan ajaiban, itu sesungguhnya amat mudah bagi Nya.
Malam itu, dalam keheningan malam Rasulullah s.a.w memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan dan bantuan dari-Nya, mengharap kemenangan bagi kaum Muslimin.
Berberulang-ulang Baginda menyeru:
“Ya Hayyu Ya Qayyum...Ya Hayyu Ya Qayyum" mengisyaratkan pengharapan dan sandaran yang teramat sangat.
"...Ya Allah, jika Engkau berkehendak (orang kafir menang), nesacaya Engkau tidak akan disembah. Ya Allah, jika pasukan yang kecil ini Engkau binasakan pada hari ini, nescaya Engkau tidak akan disembah…..”
Beliau s.a.w mengulang-ulang do’a ini sampai selendang beliau tarjatuh karena lamanya berdo’a, kemudian datang Abu Bakar As Shiddiq r.a memakaikan selendang beliau yang terjatuh sambil memeluk beliau… “Cukup-cukup, wahai Rasulullah…”
Tentang kisah ini, diabadikan Allah dalam FirmanNya,

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آَمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ (12) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (13)

“Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka. (Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya.” (Qs. Al Anfal: 12-13)

Dan hari itu juga,Allah mengabulkan doa Nabi tercinta kita, dan menanglah kaum Muslimin dalam Perang Badar. Kemenangan yang didasari keyakinan dan kebergantungan kepada Allah semata-mata dan tiada yang lain. Juga kemenangan yang dicipta agar mengalirnya dan tertancapnya Islam di hati insan-insan terpilih sehingga ke akhir zaman dan tidak terhenti begitu sahaja dengan kewafatan Nabi selepas itu. Oleh itu tidak mungkinlah dapat kita membandingkan kekuatan tentera Islam dan tentera kafir senadainya tujuan dan niat berperang itu sendiri sudah menjawab keajaiban yang bakal berlaku.

Sayangnya Nabi s.a.w kepada kita umat akhir zaman.

Penutup

Persoalannya sekarang berbaloikah pengorbanan mereka semua untuk kita? Ya ‘kita’, golongan manusia yang tidak pernah bersua dengan Rasulullah dan merasai keperitan hidup menyebarkan Islam tetapi dapat merasa nikmat beragama. Sama-sama lah kita membuka minda dan meneliti refleksi di cermin sejarah ini. Dan soal lah berkali-kali “Untuk kitakah mereka berkorban sebegini rupa?”
Ya, jawapannya ya, untuk kita, kita yang…sebenarnya sedikit sekali mengikut jejak mereka dalam beragama. Sedih tetapi inilah kebenarannya, kita dengan senyuman dan gelak tawa, menggantikan pahit jerih perjuangan silam dengan kehidupan penuh warna dan suka di atas pentas bernama dunia.Astaqfirullahalazim.

Sunday, August 21, 2011

Kisah Nabi Isa @ Al-Masih


Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an.
Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa,Isa putera Mariamputera Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'
Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
"Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan." (3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
"Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20)
Malaikat menjawab,
"Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).
Allah juga menyatakan bahawa Nabi Isa adalah seperti Adam, walaupun Adam diwujudkan tanpa ibu dan bapa. Kesamaan mereka berdua adalah pada ciptaan. Kedua-duanya dicipta daripada tanah (3:59). Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta daripada tanah.
Kerasulan dan Kenabian
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
"Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
"Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46) dan,
"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'" (5:117)
Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an.
Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:
"dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:
"Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)
Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
"Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'" (5:111)
Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
"Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'" (3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (61:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
"Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?'
Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.'
Mereka berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'" (5:112-113)
Justeru itu, Isa memohon kepada Allah,
"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:
"Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah. (Sila rujuk Tidak Mempercayai Mukjizat Nabi?)
Wafat
Tidak seperti kepercayaan sesetengah orang iaitu Nabi Isa tidak wafat semasa disalib tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan disalib. Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain yang tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah melarikan diri dari tempat baginda dijatuhkan hukum.
Bukti yang menunjukkan baginda telah wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat berikut:
"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55)
"Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja. Firman-Nya:
"ucapan mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah." (4:157)
Telah wujud lagi kepercayaan terhadap Nabi Isa yang tidak disahkan Allah di dalam al-Qur'an, iaitu baginda akan muncul lagi di bumi buat kali kedua. Itu tidak benar. (Sila rujuk artikel Menanya Ustaz: kedatangan Imam Mahadi & Nabi Isa dan Imam Mahadi di ruangan Soalan Lazim. Terima kasih.)
Terpesong
Setelah Isa wafat, beberapa perkara telah berlaku. Pertama, orang-orang yang mengaku pengikut baginda telah menubuhkan sistem berahib, atau berpaderi, atau sistem berulama dalam agama. Sistem itu tidak dianjurkan oleh Allah. Firman-Nya:
"Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka" (57:27).
Kemudian, antara mereka bersetuju untuk mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan, mungkin kerana kelahiran yang luar biasa dan mukjizat-mukjizatnya. Mereka yang berbuat demikian telah terpesong dalam kepercayaan lalu menjadi kafir. Firman-Nya:
"Merekalah orang-orang yang tidak percaya (kafir), yang berkata, 'Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam'" (5:17), dan
"orang-orang Kristian berkata, 'Al-Masih ialah putera Allah.' Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?" (9:30)
Satu bukti telah didatangkan Allah untuk menunjukkan kepalsuan kepercayaan mereka. Buktinya adalah pada amalan memakan makanan, berbunyi:
"Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling." (5:75)
Nabi Isa dan ibunya makan makanan. Tetapi Tuhan tidak makan. Kalau Dia makan tentu Dia mempunyai sebuah "pintu kecil" untuk mengeluarkan makanan yang tidak diperlukan lagi. Tuhan tidak ada pintu tersebut seperti yang terdapat di bahagian belakang badan manusia atau haiwan.
Sekiranya hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang mempercayai Nabi Isa itu Tuhan atau anak-Nya, tentu mereka akan berpaling juga dan tetap dengan kepercayaan mereka. Begitulah manusia dengan kepercayaan agamanya. Mereka lupa menggunakan akal.
Akhirat
Kepercayaan serupa itu sungguh berat di sisi Allah sehingga Nabi Isa akan ditanya di akhirat. Baginda akan ditanya sama ada baginda telah menyatakan bahawa baginda dan ibunya adalah tuhan-tuhan selain daripada Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi:
"Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" (5:116)
Nabi Isa akan menjawab:
"Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib." (5:116)
Jawapannya bersambung lagi:
"Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)
Nabi Muhammad juga akan ditanya di akhirat atas sesuatu yang amat berat juga. Baginda ditanya mengenai sambutan kaumnya terhadap al-Qur'an. Jawapan baginda berbunyi:
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)
Itulah yang berlaku pada hari ini. Ajaran al-Qur'an tidak dipedulikan. Namun, masa masih ada untuk semua kembali kepada ajaran al-Qur'an.

Friday, July 8, 2011

PERBENTANGAN & PERBANDINGAN ANTARA ISLAM & KRISTIAN

BISMILAHHIROHMANIROHIM
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

kepada pembace blog ni..hari ni sya rce sya nk kupas tentang hal2 yg berkaitan dengan perbandingan antara islam dan kristian,sebelum sya nk lanjutkan tentang perbandingan ni sya nk mtk pada pembace2 blog sya ni mudah2an dpt bezakan antara kekufuran dan Kebenaran..dalam isu ni bnyk yg sya dpt belajar tntg kekuatan pegangngan agama islam..dan saya  dpt kuatkan lagi iman didada ni,hope kowg yg bace tntg ni pon dpt lah kuatkan iman bersama2 Pada ALLAH,kat sini sya xnk kupas secare dalam sngat tkut ti da isu tntg blog ni pulak..

Okey sya nk mulekan dengan bab agama kristian dimana orang2 kristian  yg anda sendiri tahu dimana penganut2 kristian itu berpegang kepada kitab injil dimana kitab yg telah diturunkan oleh ALLAH pada zaman nabi2 terdahulu iaitu nabi ISA AS name penuhnye digelar sebagai ISA IBN MARYAM..dan gelaran yg diberi oleh menganut kristian pula adalah JESUS CHRIST iaitu Putera Tuhan.. bg agama mereka tapi bg agama kite,kite percaya pada nabi Isa dan kitab Injal dan kita hanya berpegang pada kitab Al-Quran yg merangkumi semua kitab2 yg terdahulu dan hanya mengikut sunah dan Sebagai pengikut Umat Nabi MUHAMMAD SAW,dan Tuhan kita iaitu ALLAH SWT tidak pernah beranak dan diperanakkan... disini kite telah lihat bahawa kristian telah pon salah pada dasarnya...
orang beragama kristian yg telah memeluki agama islam juga telah mengatakan bahawa agama kristian itu penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi..

Disini sya bawakan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam agar kita semua dapat memahami kebenaran : 
  1.  Dalam islam,Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa pun juga.Dia unik dengan segala kebaikan dan Kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia wujud,tidak beranak dan Tidak pula diperanakkan.Tidak ada suatu pun yg sama dengan-Nya.Dia wujud,tidak mati,tidak tidur,tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yg dihajatkan oleh manusia.kalau kita akan menyebut satu persatu semua kesempurnaan-Nya maka hendaklah kita mempelajari kitab suci Al-Quran.
  2. sebaliknya ,agama kristian percaya bahawa tuhan itu bukan satu tetapi 3 : bapa,anak dan Roh Kudus. Jesus Christ satu-satunya "Putera Tuhan" dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya, juga meskipun Injal mengatakan Jesus itu makan dan minum,tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air,udara dan tiap2 benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi.seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi antara Tuhan dan manusia.    Kitab Suci Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan Christ itu Tuhan dan Putera Tuhan maka dia  telah menyekutukan Allah dan menjadi kufur.orang2 kristian dengan menjadikan Christ sebagai Putera Tuhan telah menfitnah Tuhan.Al-quran telah mengajar bahawa itu Chirst sama atau serupa Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain2 nabi.sebagai utusan dan nabi,mereka juga adalah manusia dan bukan pencipta. 
  3. menurut Islam tiap2 manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan bebas dari dosa.apabila dia beransur dewasa,pengaruh2 luar telah menyesatkannya.Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum2-Nya dan menjauhi benda2 yg trlarang.Al-Quran mengatakan bahawa nabi adam tidak melakukan dosa.semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa.masalah dosa yang diwarisi adalah tipu helah syaitan.  Agama kristian mengatakan tiap-2 orang berdosa sejak dilahirkan sehingga dengan demikian,nabi2 juga melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab manusia menjadi berdosa.nyata sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya dari segi akal,tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti2 intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa,dosa yg sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan,semua manusia menderita seksa.jadi dalam masalah ini juga Kitab AL-Quran adalah benar dan adil dan ketetapnya logik,munasabah dan menurut sunah nabi2.
  4. keutamaan yg dberikan oleh Al-Quran ke ats akhlak dan guru2 ialah tntg mulia dan tingginya moral itu,hal yg serupa tidak ditemui di dalam agama lain.islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak memperolehi sesuatu selain dari apa  yang diusahkannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. kemudian dberikan kepadannya balasan yg ckp sempurna trhdap usahanya dan yg demikian itu adalah ajaran dari semua nabi.tidak ada orang yang akan memikul beban orang laen, tetapi tiap2 org memikul  tanggungjwab diatas perbuatannya.maka dengan ajaran suci serupa inilah yg menberikan manusia ajaran2 kemuliaan dan menggesanya berbuat bebajikan. Tetapi agama Kristian sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Christ telah memikul beban dosa semua orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua orang yg berdosa.perbuatan dosa telah dilakuakn oleh riduan bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan keatas seorg manusia suci,satu2nya "putera Tuhan".Ajaran ini di satu pihak membuat manusia tidak beguna dan memalukan sementara di pihak lain menjadikan seseorg hlg kepercayaan kpada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di mtanya sendiri selain drpda itu kepercayaan ini merupakan 1 pelaggaran kpd ksucian Tuhan.
  5. Apabila kitab Suci Al-Quran ditrunkan ke dunia ,ia menerangkan semua kebenaran.kebenaran yg telah lame dilupakan dan punca2 kebenaran yg telah dicemarkan.islam meletakkan semua kemuliaan nabi2 dan membantah semua tuduhan palsu yg ditimpakan kpd mereka.ia mendedahkan penyisipan2 palsu yg telah dilakukan didalam kitab2 wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yg sebenarnya melalui pendedahan itu.    Islam membantah tuduhan palsu dn tidak berasas terhadap Nabi Isa yg telah dibuat oleh sebahagian musuh2nya dan juga sahabat2nya.Islamlah dngn usaha baiknya telah meletakkan Nabi Isa pada tempatnya yg sebenar dan telah membersihkannya drpda segala tohmahan org2 Yahudi dan  juga  org2 yg menamakan diri mereka kristian.Org2 kristain pula telah menuduh semua nabi dengan tuduhan2 palsu,Penzinaan dan Pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Christ dalam bentuk yg tidk sempurna  sehgga kalau tidak kerana kedatangan Islam yg mndedahkan kebenaran maka tdak seorg pun mahu mengangganpnya sebagai manusia bermoral, ini juga merupakan satu obligasi Islam yg tidak akan dapt dibayr oleh Kristian.orang2 kristain bukan sahaja memanipulasikan kitab2 injal,juga telah menyusun beratus2 injal atas name Christ.sekarang,Injil2 ats nama Christ.sekarang Injal2 palsu dan gelap yg dsusun tlah dletakkan dhadapan mereka yg sedikit pon tidak ada kene mengene dengan Christ. Dalam kitab suci Al-Quran trkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yg telah diwahyukan.
  6. Islam menyebut secara teperinci akan hak2 kaum wanita dan memerintahkan pembebasan semua  hamba abdi,meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan dikalangan umat manusia dan menetapakn perhubungan antara manusia dengan Tuhan.  Tetapi dalam agama kristian tidak ada pun hak2 wanita.Hanya kepada org lelaki dberithu bahawa mereka boleh menceraikan isternya yg melakukan Zina tetapi tdak menyebut sedikitpon tntg apa yg blh dlakukan oleh si isteri keatas  ketidaksetian suaminya.tidak ada sepatah perkataan pun dalam agama kristian tentang pembebasan hamba abdi.
Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yg ttp bg kemanusiaan.dengan mematuhi peraturan itu manusia boleh mengawal nafsu secara sedarhana. Didalam Al-Quran ada disebutkan "Barang siapa mengejakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan brg siapa beramal soleh baek lelaki ataupon wanita,sedang dia seorang yg beriman maka orang2 itu akan masuk syurga;mereka diberikan rezeki didalamnya dengan tidak ada hingganya".. Tetapi dalam agama kristian ditekankan kepada 1 aspek sahaja iaitu melakukan kesalah tidak boleh dihukum dan kalau dia menapar pipi kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampa.betapa pengajaran seperti itu boleh diikitu manusia di dunia ini?betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran seperti itu? andai kata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan Nafsu amarah didalam diri manusia dan kemudian  menbiarkan bahagian dari naluri menjadi kering? ini adalah beberapa perkara sebagai 1 ilustrasi tntg pengertian yg menyebabkan org kristian yg sedar dpat memeluk agama islam iaitu agama yg benar..

mungkin setakat ni saja yg saya mampu kongsikan pada anda...mungkin akan dtg saya akan padatkan lagi isi ini agar mudah difahami oleh kita semua...insyaallah..jika ada salah dan kate saya meminta ampun dan maaf yg buruk itu dtg dari diri saya sendiri dan yg baik itu dtg dari ALLAH..


SEKIAN DARI SAYA.. 

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Sunday, June 12, 2011

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?   
1. Membuka Bahagian Tangan  Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"   
2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.   "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."   Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".   
3. Berpakaian tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang." Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).   
4. Agak Terbuka Sedikit Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.   "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."   Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.   
5. Tudung Semakin Kecil Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."   
6. Terdedah Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.   "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."   Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.   
7. Membuka Seluruh Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"   Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.   Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."   "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.   Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!   Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Tuesday, June 7, 2011

Hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur



1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.
4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)
 5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.
 6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.
7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
 8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.
9. Sabda Nabi SAW:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).
10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.(Ibnu Majah)
11. Sabda Nabi SAW:Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.(Nuaim bin Hammad)
 12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.(Al-Hafiz Abu Naim)
13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)
14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.
15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.(Iman Muslim)
16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.(Ibnu Majah)
17. Sabda Nabi SAW:Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.(Ibnu Majah)
18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.(At-Tarmizi)

Monday, June 6, 2011

DEMI CINTA DIA KEPADA ALLAH

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah."Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."



Sunday, June 5, 2011

Apabila telah datang pertolongan Allah


وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجاً

dan engkau melihat manusia masuk ke dalam
agama Allah berbondong-bondong,

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاباً 

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampunlah kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Ini hanya ilustrasi untuk bagaimana menggambarkan ketika pertolongan Allah datang untuk yang kesekian kalinya yaitu dengan tegaknya kembali Khilafah yang ke-2, maka kita akan menyaksikan manusia (orang kafir) melihat cahaya Islam dan keadilan hukum-hukumnya sehingga mereka berbondong-bondong memeluk Dienul Haq ini.

Maka, jadikanlah diri kita bagian dari perjuangan ini untuk menegakkannya. Habiskan sisa umur kita hanya untuk Agama Mulia ini yang tidak ada agama yang lebih tinggi melainkan Islam.

Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...

~DO'A UNTUK ORANG TUA~



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka, 
Perindahlah ucapanku di depan mereka. 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkanlah hatiku untuk mereka. 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya 
Atas didikan mereka padaku dan 
Pahala yang besar 
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, 
Peliharalah mereka 
Sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan, 
atau kesusahan yang mereka derita karena aku, 
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, 
jadikanlah itu semua 
Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka, 
Meningginya kedudukan mereka dan 
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan 
perkenan-Mu, ya Allah 
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan 
dengan kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, 
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka, 
sehingga kami semua berkumpul 
Bersama dengan santunan-Mu 
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, 
ampunan-Mu serta rahmat-Mu. 

Sesungguhnya Engkaulah 
yang memiliki Karunia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan 
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.

Amin ya rabbal'alamin..